Monday, 22 April 2013

Haruskahh??

Haii All! Assalamualaikum and selamat malam semua~ ^^ Sorrylah! Lama dah aku tak update blog ne. Well, semenjak aku dah tak guna mana-mana laman social ne, aku dah jarang meng-online-kan diri aku~ So, ada macam senyap sikit larh. Hihihihi

Hokeyy! Today nak cerita pasal hal yang tak sepatutnya berlaku. What?! Tak larh serious sangat. Tapi kalau dah dibiarkan agak lama, boleh memusnahkan diri sendiri! Well, aku tak berapa berminat sebenarnya nak sentuh kes ne, tapi nak buat macam mana, aku macam tergerak pulak lepas dengar cerita macam ne. Tak best!

Haruskahh?? Itu tanya hati ku. Well, petang tadi aku dengar cerita ne. Ada orang bangga pulak bilak dia escape kelas. Well, dulu aku escape jugak, tapi tak lama. Tak tahan aku nak lari kesana kemari gara-gara nak lari dari cikgu. Malas memang aku malas, tapi masalahnya, aku nak malas buat apa? Tuh larh maknanya aku dihantar ke sekolah. Nak timbah ilmu. Bukan nak jadi bodoh..~

Aku dulu waktu sekolah memang ada juga sesetengah guru yang aku tak minat cara dorang nak ngajar and cara dorang nak tegur. Tapi, dalam masa aku tak suka tuh, aku tetap kena terima hakikat yang guru tuh yang akan didik aku! Walaupun aku duk dalam kelas, dengan subject yang aku tak minat, dengan terpaksa tengok muka cikgu tuh, aku tetap duduk dalam kelas. Jawab apa yang cikgu tanya. Cuma satu hal jea, aku takkan buat nota and latihan yang kena hantar masa tuh jugak. Kuiii~~

Well, tadi aku dengar adik aku bangga dia escape kelas tambahan. What? Stupid! Macam larh cikgu akan respect dia kalau buat macam tuh. Dia kata dia benci dengan golongan "U", whatever! Entah larh apa yang dia dok fikir~

Dia dengan slumbernya menyatakan yang dia malas nak belajar tadi. Wehh! Aku kalau malas nak belajar, aku takkan hadirkan muka aku depan cikgu tuh. Aku takkan lalu pun depan cikgu tuh. Tak jugak larh aku nak cikgu tuh terkilan dengan tindakan aku.

Aku cakap dekat dia tadi, "bagus kau jangan p sekolah kalau macam begitu. kau buat sana surat berhenti sekolah, hantar dekat PK.HEM".. Boleh-boleh dia jawab aku macam ne, "apa kaitan escape dengan berhenti?".. Aku kata, bagus bercakap dengan dinding dari bercakap dengan orang yang entah mana letaknya kepala otak dia tuh. Ntah berakal masih atau tak, aku pun tak tahu.

Better berhenti sekolah kalau study kat sekolah pun malas, apa pun tak suka. Tak guna oke! Bazir duit makbapak jea bagi duit belanja sekolah. Kerja g sekolah nak makan jea, nak perut kenyang jea. Tapi otak takda ilmu. Kalau kat rumah nampak yang dia belajar aku tak kesah larh. INI??? Tulis sikit pun dah penat.

Dalam kepala otak tuh tahunya, online FACEBOOK, TWITTER, INSTAGRAM, YOUTUBE, KOREA~ Beruntungnya larh sangat remaja zaman sekarang. Bak kata Nur Fadhillah Asfarina (cousin aku), remaja sekarang ne SAKAI jadi remaja. Merujuk pada kamus bahasa Orang Sabah, SAKAI membawa maksud kepada "Kebaru-baruan~" . Baru nak kenal benda baru. Walhal, dah lama juga hidup~

Pening memikir. Sorang lelaki terasa macam jaga 10000000000 orang budak lelaki yang masih tak tahu apa-apa.~


Dah baca? Best? Like lewrr~

Sunday, 14 April 2013

Bengang Yang Teramat !!

See? Kan aku dah marah ! Malasnya perasaan macam ne . Lemas jea terus badan dek kerana perasaan yang tak berapa nak betul and memang tak betul punya ! Nii hah ! Html tahh papa ne ~ Ngada jea lebih .

Aku rasa susah pulak nak edit HTML sekarang ne . Dulu tak pun ! Orang tengah busy nak tukar template , dia pulak tak dapat . Nak ngamokkk !!! *teriak kang!*  Dah berjam-jam aku duduk depan komputer ne . Takda pun yang berubah ! Ne yang buat aku marah ne !

Sakit tengkuk and badan , tak berbaloi oke dengan sakit hati aku dek kerana HTML ne . Alahaaii! Be nice larh sikit . Bila orang rajin nak ubah itu ini , kat sana la tuh yang tak dapat nya . Haihh!! Nak buat apa kan kalau tak dapat . Sabar jea larh~~ *mood sangat-sangat bengang !*
Dah baca? Best? Like lewrr~

When Saturday ...

Haii ! Assalamualaikum . Malam ne rajin nak update blog . *line oke waktu malam jea* Hihihi . Korang semua apa khabar ? Hope korang sihat walafiat tau . Aku nak cerita ne . When Saturday come . Ngee ~ aku sangat-sangat larh menanti hari sabtu . Sangat LIKELIKELIKE bila sabtu dah tiba .

Oke , as you all already know , my bey kan PLKN *ntahh kali keberapa dah ne aku mention dia PLKN.. hahaha* sabar jea larhhh ! So , hari sabtu boleh dikira sebagai hari aku dan dia larh .

So , di pendekkan cerita , hari sabtu dan ahad aku boleh contact dengan sayang aku larh . *tiap minggu sama jea* . Oke , lets start with the real story .

Kemarin , tangan dan mata aku tak lepas pandang screen handphone walau pun masa tuh aku tengah menghayati filem 'nasib sii labu labi' dan di ikuti dengan cerita katun yang aku pun tak tahu apa tajuk dia . After that , continue with 'bhoothnath' <<betul ker bohong spelling aku tuh>> .

Sebok sangat aku tunggu msg sayang aku tuh . Handphone dah charge siap-siap , dady pulak dah sponser topup RM5 . Ketawa bersama , menangis bersama jugak aku menunggu sambil layan cerita-cerita yang telah di nyatakan dalam perenggan di atas . Aku bukan apa nak tunggu sangat , aku rindu budak hitam tuh . *tiap-tiap hari pun macam gitu jugak*

Dah jam 4 , aku dengan sangat berharap agar dia dah dapat handphone and msg aku . Tapi hampa . Takda respon pun . So , aku tunggu la msg dia dengan penuh setianya . Tapi masih juga sama *aihh!kalau amek exam, confirm gagal* huhuhu . So aku msg la dia , aku inform yang petang tuh aku nak p komplex sukan .

Walaupun aku hampa , tak pa la . Aku gagahi juga jiwa aku ne . "Trenkk"!! *dalam hati dah gembira sangat! Yehhh, msg!!* tapi bila unlock phone , kenyataannya memng ada msg , tapi hakikatnya bukan dari dirinya . Msg tuh datang dari kawan aku . Nama dia Farah *Siti Nor Farah Izwani Shuidah Mohd, diberi nama*

Ada juga la rasa geram kat situ . Lain aku tunggu , lain yang datang . So , sepanjang perjalanan aku ke pusat sukan , aku tetap tunggu msg dia . Tapi masih sama , takda respon . Jadi aku biar la handphone aku dalam silent . *peduli la sana!*

Dah siap urusan dekat destinasi aku tuh , then , aku pulang la . Tapi bila aku check handphone yng tadi nya di-silent-kan , ada msg!!!! Aku nak msg tuh datang dari dia . Oppssss ! Jangkaan aku meleset lagi . Msg tuh datang dari kawan aku , nama dia Amri Nayuh . Dia pun PLKN jugak . Tempat yang sama dengan sayang aku .

Yng aku peliknya ne , kenapa kawan aku msg aku , tapi boipren aku tak ? Diam dan berfikir . Macam-macam dekat fikiran aku . Antaranya ialah , "takkan dia ada buat salah? Takkan dia lupa aku? Takkan dia takda kredit? Takkan dia busy? Takkan handphone dia hilang! Takkan handphone takda charge? " hahh! amek kau ! Aku dah kalau mula berfikir , confirm banyak "takkan dan kalaunya" tuhh .

After maghrib , kawan aku sii Amrituh dah tak msg aku lagi . Penantian aku bersambung lagi. Oke , tepat jam 7.26 malam , msg dia dah sampai . Memandangkan pada waktu dak ketika itu amat lah menyakitkan hati,msg dia sampai lambat 10 minit. *mood waktu tuh dah mula tak betul* .

Dah larh line lambat sangat ,lepas tun sayang aku pulak busy sangat ! Nak hantu aku bersabar. Nasib sambil tunggu msg ,sambil tuh jugak calling dengan sii cousin . Oche a.k.a Nur Fadhillah Asfarina Rosele . Boleh jugak larh aku cerita and elakkan diri aku dari bosan menunggu .

Jam 10 malam , biasanya line dah ok . Dengan kesempatan yang ada , aku pun msg dan bergayut larh pada masa yang sama . Malam tu , dia ada tanya apa aku buat sepanjang minggu . Msg dengan siapa? Dengan jujurnya aku menjawab . Why ? Aku tak nak dia sakit hati . Kena la jujur kan . Kalau tak , memang layak larh untuk dipermainkan .

Dah jawab semua soalan dia , tiba-tiba aku rassa mood dia dah tak oke ! Oke , biasanya kalau dah jadi macam ne , memang confirm larh dia ada masalah sikit dengan jawapan yang aku bagi . Memang confirm la ada yang tak kena . Saya kenal sayang saya, oke !

Dah rasa macam semacam jea tuh , aku try la nak tukar topic . Aku tak nak dia tetiba marah . Aihh ! Tak layak aku kena marah . Aku tunggu dah lama sangat ! Dah berjya tukar topic , kitorang pun msg larhh . Msg.. msg.. msg dan terus msg..

Akhirnya , aku tinggal sorang . Aku tunggu responmsg aku dari dia , tapi malangnya takda ! Aku fikir positive . Mungkin dia dah habis kredit kott . Hmm , tapi lepas dah aku transfer , masih sama . Takda respon jugak . Dah macam tuh , aku pun dah penat tunggu , sampai terlelap ...

Nota kecil untuk dia ; Penat macam mana pun aku tunggu , jangan risau . Selagi kau tetap buat baik dengan aku , perbuatan kau tuh aku takkan balas dengan kejahatan . Kerja aku tahu , hati kau akan jadi milik aku . INSYAALLAH .

   
Dah baca? Best? Like lewrr~

Wednesday, 10 April 2013

Hampir 2 minggu... ^^,

Haii! Assalamualaaikum semua . Hari ne cuaca sejuk ja . Baru lepas hujan . Best sangat . Ngantuk oke di pukul angin pagi ne . Nyaman . Macam rasaa duduk dekat tepi gunung kinabalu pulak . Heheh. Takdaa la . Aku guraau jea .

Hari ne ku jaga Ajim sorang dekat rumah . Kaka aku pi hospital . Bukan sakit , tapi ada interview . Harap-harap ada rezeki kerja dia tahun ne . Aminn !  Dah lama dia duduk rumah . Kalau dia kerja , ada juga la pendapatan dia . Kankankann ! Doa kan dia yea kengkawan !! ^^

Sebenarnya , cerita kat atas tuh iklan jea . Heheh , saja jea nak panjangkan entri ne . Hampir 2 minggu ? Apa tuh ? Stay tune ....

Sebelum sayang aku g PLKN , aku ada janji dekat dia yang aku takkan guna fb account aku , twitter aku and instagram aku . Kecuali blog . Sebabnya , aku yakin sangat blog aku yang ne tak macam blog lama aku . Kat blog lama tuh ramai yang follow . Yang ne ciput jea . Kiranya , blog yang ne tak berapa nak famous . Hihihii

Aku janji dekat dia macam tuh bukan apa , aku nak dia yakin yang aku dekat sini boleh jga hati aku untuk dia . And , ku harap dia dekat sana tuh pun macam aku jugak . Tak kesah la kalau nak kawan jea , tapi jangan lebih . Jangan nak nakal-nakal and menggatal . *tapi aku percaya dengan kau sayang* . ♥

Handphone aku pun jarang dah berbunyi. Aku guna handphone bila aku perlu jea . Lagi pun takda siapa pun kawan aku nak bawa msg . So, setiap hujungminggu jea la aku topup . Cas handphone aku pun boleh tahan. Tak payah cas lagi . Bateri tahan woookk !

Aku janji macam ne bukan apa , aku tak nak dia fikir macam-macam pasal aku . Lagi pun aku nak dia tahu yang aku tak nak hilang dia . Tak juga la setia mati . Tapi berharap larh dia yang terbaik dan mampu pimpin aku kearah kebaikan . InsyaAllah , Amin .

Aku nak sangat dia tahu yang aku ne bukan seorang gadis yang suka main kan perasaan orang . Yang bajet cantik . Yang perasan lebih . Aku nak dia tahu yang aku memang tak layak nak main kayu tiga , apa lagi diperlakukan sedemikian .

Nota kecil ; tahu tak sayang , setiap hari bebeh ingat sayang . Bebeh tak nak buat sayang kecik hati dengan perangai bebeh . Cukuplah apa yang sudah berlaku sebelum ne . Bebeh tak nak benda buruk jadi dekat kita lagi . Apa-apa pun , impian kita tetap sama . ♡ kau dan aku manusia biasa . Hubungan kita belum sah . Tapi , kalau memang kau yang terbaik dan mampu mengajar serta memimpin ku kearah kebaikan , ku terima . :')




Dah baca? Best? Like lewrr~

Jadi rajin .

Haii bloggers . Selamat malam semua . Dah makan belom ? Kalau belom makan la dulu . Jangan larh asyik duduk depan Laptop then update blog . Muat kan dulu perut tuh . Heehe . Tetiba plak caring . ^^,

Ada baca tajuk post ? Kalau ada , baguslah . Mengikuti Perkembangan rakan blog . Yea tak ? Heheh. Oyaa , malam ne aku tetiba rasa nak Jadi rajin kejap . Aku nak kemas bilik aku . Walaupun dan berkali-kali kemas , tetap jugak nampak sama .

Okee ? Semak tak ? Hahah ! Aku keluarkan semua pakaian . Nak kemas balik lew .

Hahha ! Nampak tak betapa berseleraknya bilik aku . Di penuhi dengan pakaian . Ne baru intro . Ada dah sebahagian yang siap di kemas . Ngee ~ nak kemas bukan nya apa , saja jea . Mana tau ada baju yang dah tak boleh nak pakai and dah tak muat , boleh larh kan di keluarkan . Paling tidak , di dermakan pada sesiapa yang berminat . Hehehhee


Nahh ! Ne yang dah siap . Pakaian yang aku muatkan dalam ne baju-baju yang jarang di pakai .


See ? Lawa tak aku kemas ? Heheh . Alaa , yang tuh simple jea kan . Semua orang pun boleh buat benda yang sama . Tapi mood tetap kena ada . Kalau tak , alamatnya sesak nafas larh almari tuh .main Belasah jea . Hahaha

Apa-apa pon , bilik aku dah kemas dah . Sorry la . Yang result kekemasan bilik aku tuh tak dapat nak amek gambarn. Ngantuk and penat semalam . Habis jea mengemas , direct tidur . By the way , last night aku mimpi kau sayang  ♡♥♡♥










Dah baca? Best? Like lewrr~

Sentaap -,-'

Grr ! Nampak tak betapa sentapnya aku?! Rasa tak feeling sentap nya tuh ? Kalau rasa , oke kita sama ! Huhuhuhuhu


Boleh tak bagi aku peluang teriak kuat sangat ? Aku sakig hati ne ! Sakit sangat-sangat ! Di sebabkan mesin basuh tuh rosak , aku kena cuci kain guna tangan jea la . Tapi masalahnya aku tak sukaaaaa!! Tak suka macam nee !!!!!!


Bukan aku tak suka sebab aku malas nak buat kerja . Masalahnya sekarang ne , aku tak boleh pegang sabun lama sangat . Kulit aku ne alergic pada sabun . So , bila aku dah mula pegang sabun, kulit aku mula gatal-gatal . Rosak sana sini ! Lepas tuh nak baiknyatuh lama sangat ! Ubat macam mana pun , tetap tak berubah . Tekanan sangat !!


Ada baiknya kalau cuci kain cara manual . Cepat jea siap kerja tuh . Tapi cepatnya taak berbaloi dengan alergic aku ne . Huhuhu ! #Sentappp!!


Geram ! Nak angkat and jemur kain dulu . #dengan muka masam berjeruk#


Dah baca? Best? Like lewrr~

Ajim buat perangai !!

Haii awak-awak yang cun and handsome kat sana tuh . Assalamualaikum . Petang ne nak cerita pasal Ajim a.k.a Hazim . Nak tau sebab apa aku buka cerita pasal budak kecik ne? Check this out !


Oke , dah dua hari Ajim buat perangai . Ntah apa yang dia nak aku pun tak tahu . Almaklum larh yea , baru 10 bulan . Nak bercakap pun tak pandai lagi . Alkisahnya macam ne , kemarin Ajim meraung menangis waktu kenan hantar dekat rumah . Bukan apa , abah dia yang start dulu . Bagi Ajim main stering kereta . Budak kalau dah suka , confirm larh tak nak lepas . -,-


Hari ne pula tak tahu apa halnya pulak . Takkan sebab yang sama juga . Huhuhuh ! Ajim punya kerja nangis jea . Kami yangmenjaga ne pun takut jea orang anggap kami ne jahat . Buat anak orang nangis . Huhuhuh ! Dah pujuk pun , tak lama lepas tuh , mula larh meragam.


Kalau aku busy buat kerja , dia pun nak ikot . Kalau akak aku lari dari dia , dia nangis kuat sangat . Pening ! Tak tahu nak handle dia macam mana . Takkan asyik bawa dia main jea . Huhu


Kerja dekat rumah pun tak terurus . Paling ada masa bila Ajim dah tidur . Tapi malangnya , asal jea Ajim dengar bunyi bising dia terus bangun . Gantung larh jawabnya nak buat kerja dekat rumah . Apa pon tak boleh !!


Hari ne kerja kami jaga Ajim setengah hari jea . Tadi abah Ajim ambil . So , kami dapat rehat dan buat kerja . Aman dunia ^^,









Dah baca? Best? Like lewrr~

Window shopping with Along

Holaa ! Today is Tuesday . Tapi cerita aku ne berlaku pada hari sabtu yang lepas . Sokey bha tuh kan if aku cerr benda ne dengan korang . I have nothing to do . Daripada aku jadi bosan tak bertempat sekarang ne , bagus lagi larh aku update blog ne .


Actually aku baru bangun tidur bha ne . Penat jaga ajim . Tapi bila bangun , aku nampak banyak bintangbintang . Okee ? *feninkk* opppss ! Out of topic dah aku ne . Oke la . Aku nak mula cerita dah ne . Aku tau korang boring baca benda yang aku mengarut dalam perenggan ne *bingung*..


Sabtu lalu , aku , along and akak aku gi jejalan dekat pekan Kudat ne . Buat apa ? Cuci mata jea . Kedapatan boringnya tuh kan . Kami mula operasi jam 2 petang macam tuh . Lambat sikit nak jalan bukan apa , mesin basuh taklehh guna . Sakit hati aku ! Kan dah kena cuci kain cara manual -,-


Lepas dah siap cuci and sidai kain aku , aku gi bersiap la . Akak aku dah lama tunggu . Hahaah ! Kesian dia tunggu lama . Lepas aku dah bersiap , kami gerak gi rumah Along . Nak amek along leww ! Kan nak jalan sama-sama . Tapi Along lagi larh lambat ! Waktu aku sampai di perkarangan rumah dia , dia baru nak siap itu ini . Along ne , ngadew ! #trip ag#


Dah lepas tuh , Along siap . Along nek kereta la . <<sampai sini pun nak bagitau jugak kew?>> alaa , jangan la marah . Kan aku tengah cerr ne . Ishh ! Nak bagitau details baik punye ne ! Majokk kang kalau korang tak baca habis !! *ngarot ag*


Oke , lokasi pertama kami hari tuh ialah di LA TRading . Buat pa ? Kat sana kitorang nak tukar kasut sii ajim . Tak muat laa! Kaki ajim gemuk + lebar + panjang . Sesak nafas kaki dia bila kitorang pasangkan kasut tuh . Hihihi ! Dari saiz 14 , kitorang p saiz 15 . Tapi , hmmmm!! Hampaahhh !! Dah try balik dekat kaki guna kasut tuh ,masih tak muat . *oke give up*


After urus kasut ajim , kitorang gerak p Wah Yin . Oke ? Buat apa pula dekat sana ? Nak cari something . Tapi secret la . Nanti ada orang tau pula apa yang nak di cari tuh . Tak suspen la nanti . Hehehe . Tapi kalau aku dah jumpa benda tuh , nanti aku bagitau korang yea . Hihihihi


Tapi malangnya benda yang kitorang cari takda kat sana . So gerak lagi . Kali ne kami p kedai MK . Kami gelar kedai Korea . Mesti korang tertanya-tanya kan kenapa kami gelar kedai tuh macam tuh sekali . Ngee ~ kedai tuh ala-ala feeling macam di Korea . Serious . Haaha ! Orang masuk kedai tuh kekadang bukan nak beli barang pun . Just nak tengok-tengok jea . Bukan apa , harga nya tuh makk aiii ! Kalau kumpul duit confirm dapat jejak airport Korea punyaa . Mahal okee mahal !! Nak beli barang pun kena fikir banyak kali . Lagi satu kedai tuh bukan besar sangat pun . Ada CCTV lagi . Tapi ntah , pekerja dia pun ikut juga membontot dekat belakang . Rimasss !! Dengan kerimasan yang ada sambil tengok muka pekerja yang trip maut tuh , oke . Kami out !!


Lepas tuh , kami masuk Grace One . *betul ke tak ejaan aku tuh ? Lantaklaahh*oke kedai tuh jual barang-barang sukan . Jersi , kasut , bola and so on . Harga pun comel oke . Tapi berbaloi larh dengan barangan . Semua berjenama . Tapi dah puas , kitorang keluar jea la .


Dah tuh , kami p Milimewa . Once again . For ??? Adalaaahhh ! Mana boleh bagitau . Kami gi sana nak check something yang kami cari tuh . Ada memang ada , nanti lahh yea . Ronda-ronda kedai jea buat masa ne . Hhahahaa


Bosan dekat sana , kami gi ntah apa nama satu kedai ne . Check patung . Wahh ! Harga murah . Comel and besar pulak tuh . Oke ! Tunggu aku yea . Mihahahahha . Beli air , beli keropok . Lepas tuh gerak gi padang bandaran .


Dekat padang bandaran , kami kira nak tengok main bola . Tengok memang la . Tapi ada lain tujuan lagi . Hahahaha ! Lepak-lepak time ! Kami kena sponsr makanan . Yeyehh ! Mamam kepsii . Wawww ! Macam tuh ..


Lepas bola habis dekat padang tuh , kami gi Eksplaned Sidek . Makan angin . Duduk tepi laut . Best . Terus rindu ku semakin menebal ! Takpaa la . Berkhidmat untuk diri sendiri dulu dia dekat sana .


Jalan punya jalan , dah nak jam 8 . Oke pulang . Hahaah ! Best . Tapi yang bikin tekanan ne , Along tak dapat menginap dekat rumah . Hampeehh ! Oke tuh jeaa .. hehehe

Dah baca? Best? Like lewrr~

Sunday, 7 April 2013

Calling time! ♡

Aku kembali ! Ngee~ sekarang nak buka cerita baru lagi . Oke , see post tittle ? Calling time . Tapi bukan sekarang . Tapi kemarin . Hehehe . Gumbira senang hati aku dapat bergayut dengan dia . Sudah larh memang aku dah lama tak dengar suara romantisnya itu . Wahh ! Begituu yea . *senyumsenyum sambil menaip* <<aku tak gila..hahaha!>>


Masa call kemarin kan, best dapat dengar suara dia . Macam manja-maanja gitu . Hehehe *padahal dia sakit, selsema @ selesma? Whatever..!* Best dengar suara dia . tapi dia guna handphone sapa aar ? Kan speaker handphone dia rosak ? Okee tak kesah! Asal tak call aku guna public phone sudah larh . Ngee ~


Masa call tuh , macam-macam dia cakap . Wahh ! terlepas rinduu aku dekat kau !! *tapi sekarang rindu balik* dia panggil aku "yang" . Seeeeeuuuuwwwwiitt ! AHAHAHAHA !!! Mana pernah dia panggil macam tuh . Tapi sokey , saye suke ! #trip jap. Mihahaha


Dah tuh , dia tanya macam-macam juga . Aku masih sakit ka? Aku dah makan ka? Aku dah mandi ka? Aku kat mana? Aku buat apa? Aku depan komputer/laptop ka?  Wahh , care ! Walaupun soalan tuh memang acap kali ku dengar waktu bergayut dengan kau , tapi ku tetap tak boring . Hidup aku memang tak complete larh kalau tak dapat soalan macam tuh dari kau . ♡


Tapi kan , waktu call aku tak lama dengan dia kemarin . Cush dia dah nak hantar handphone . Dah jam 4 pun . Actually , dia nak call aku masa tengah hari tuh . Tapi aku tak nak . Bukan jual mahal, tapi dia cakap dia nak call aku guna public phone . Aku tak setuju . Dia cakap dia ada kad juga . Tapi , keputusan aku muktamad *sebabnya, kad tuh boleh dia guna waktu emergency.* kan! Setuju tak dengan tindakan aku ?


Walapun tak sampai 15 minit call, aku bahagia dapat dengar suara and tau yang kau sihat dan baikbaik jea kat sana. Sakitsakit ringan tuh memang biasa la . Baru nak sesuaikan diri dengan persekitaran .

Awak, awak.. lepas ne call lagi yea. Hehehe ♥♥♥♥♥♥ eeeerrrrrmmmmmuuuuuuaaaaaahhhhh ! *gituhh!*


Dah baca? Best? Like lewrr~

Aku Bahagia... ♡

Haii! Assalamualaikum. *tak jawab dosa tau*. Dua hari lepas aku sangat-sangat lah rasa bahagia. Aku dapat contact dengan sii sayang . Bahagia tak terkata . Why ? Sebab dia ingat juga anniversary kitorang yang pertama . Bangga ! Rasa nak nangis jea bila dia wish HAPPY ANNIVERSARY . Aku ingat dia dah lupa . Rupany tak . Tak mungkin diia lupa kan..


Sepanjang msg dengan dia , aku touching jea . Malam-malam pun nangis time reply msg dia *sobss..sobss..* aku rindu sangat dekat kau budak hitam ! Kauu tetap dalam hati aku.


Time msg kn, ada juga la aku buat hal sikit-sikit . Bukan apa , dia asyik cakap kejap , and reply msg lambat . Dah lah line pun jeles dengan kami . Cikgu-cikgu PLKN dia tuh pun dok busy panggil-panggil . TEKANAN OKE!! Nasib jea larh aku dahh tak nak buat kau sakit hati lagi .


Lepas tuuh, malam hari sabtu tuh aku ada bagitau dia yang macam-macam penyakit aku keluar menyerang . then , dia cakap macam ne "jaga diri bha sayang, please :-(" wahh! Kisahhnyew . Ngee ~ terus penyakit aku tak keluar lagi. Hahh ! Tau takot *kidding jea* .


Sudah macam tu , aku jadi semakin terharu la . *wahh! Gituu~* baru seminggu tak msg sudah rindu merindui . Seriously , memang sangat rindu dengan kau pun, budak hitam!


Hari sabtu tuh dia dapat handphone jam 4 ptg sudah . So, kami nak balas dendam msg sampai 2setengah pagi. Wahhaaha! Best apeww dapat msg  sampai subuh . Lagi pun masa tuh dia cakap dia jadi sentri . Amek jea larh peluang msg lama-lama.


By the way, aku sesangat larh panas bila dorang dapat handphone waktu petang ! Mana acii ! Tak cukup tuh tuk lepas rindu . Dah tuh, 24 jam jea pegang handphone ! wehhh, tak cukup tuh ! Aku nak 48jam .


Apa-apa pun, aku bahagia dapat msg dengan kau . Terlepas juga rindu aku tuk seminggu ne. Thanks awak!! Take care yea, tanak saketsaket ag. ♡♡♡♡ you !





Dah baca? Best? Like lewrr~

Friday, 5 April 2013

YES! Hari ne hari JUMAAT!

Wuttzz! Assalamualaikum. Salam jumaat to all bloggers. Hari ne nak kongsi satu kegembiraan.~ Hahaah! Detik yang aku tunggu dah tiba. Walaupun....

Nak tahu tak apa benda yang aku tunggu sangat tuh? Alaa, dah nak dekat dah hari yang mana aku dapat contact dengan kesayangan aku. Tak ke bangga nya aku kalau macam tuh. Almaklum la, handphone tak bunyi langsung. Nak buat macam mana juga. Yea tak?

Kira beruntung juga la ya. Sedar tak sedar hari ne dah hari jumaat. Harap-harap malam ne dorang dah dapat handphone. Woitt! Aku rindu kau larh! Harap kau ingat aku yang dekat sini ne ya~ Tak sabar tunggu kau msg aku. Tak sabar nak ucap something dekat kau ne. Bangga oke!

Semalam aku sedih, tak pa. Harapnya, malam ne aku tak sedih lagi. Cukup la ya aku tersiksa dengan teguran yang tak sepatutnya aku dapat. Harap bila hari ne tiba, aku lagi tenang. Yang berlalu biarlah terus berlalu. Kankankan~??

Walau apa pun yang sudah terjadi, akan aku gagahi juga~ Aku kan wanita perkasa. Heheh! Sayang, miss you a lot. Jangan lupa contact bebeh yea .. [Walaupun kau tak baca, tapi harap kau pun rasa apa yang akyu rasa dekat sini. Aku rindu kau sangat-sangat Tamtam!!] 


Dah baca? Best? Like lewrr~

Thursday, 4 April 2013

Malang~

                                                   
Assalamualaikum, selamat malam alls~ Hmm, malam ne mood tetiba berubah. Baru jea ne berubah~ *sedih!* Terus rasa diri ne macam malang. Sakitnya hati!!

Aku bukan apa, bukan sengaja post malang sesuka hati. Baru jea cazen and family aku datang rumah. And sekarang pun masih ada lagi. So, aku g larh buat hidangan tuk dorang. Masuk dapur, buatkan air. Hmm, dorang pulak bawa kuih mueh. So, aku hidang lah kuih dorang tuh dekat bekas makanan.

Tapi yang buat aku rasa malang bukan apa, masa aku bawa hidangan, kuih dekat tangan aku tuh tetiba jatuh! Bukan sengaja pun~ Huhuhu! Terus rasa tak sedap hati. Macam ada benda buruk jea yang jadi. Harap-harap takda la.

Rasa menyesal dan malu. Tapi semua tuh bukan sengaja. Bukan sengaja buat-buat jatuh. Kuih sampai berhambur dekat atas lantai. Lepas tuh aku pulak kena marah. Kena cakap asyik nak cepat jea. Padahal, sudah larh panas. Gelap jumpa terang lagi. Jatuh lagi kuih! Oke? Fikir muka ne nak letak dekat mana? Sengaja kah aku lambung kuih tuh depan orang yang bawa? Tak kan mungkin! Bencinya perasaan macam ne!!!

Pulang dorang ne, confirm laaa! Confirm aku kena marah. Oke planning, kalau aku kena marah, aku lari masuk bilik, berkurung dan akan nangis! Peduli hape aku!! 
Dah baca? Best? Like lewrr~

Wednesday, 3 April 2013

Alright!

Akhirnya, keluhan dan aduan aku sudah SELESAI. Kini, menanti jawapan untuk penyelesaian masalah pula.~ Cepat la wahai SPA8 ku. Tolong berfungsi dengan baik.

Sekarang aku buat semua arahan yang pihak SPA8 aturkan untuk menyelesaikan masalah. Harap-harap lepas ne settle dah~ Malas oke nak buka emel kalau takda respon juga. Hmm~ Kalau bukan kerana parents, aku tak kesah pun. Aku biar seja tuh permohonan tak siap-siap. Memandangkan aku tak suka di tanya dan di desak, aku buat jea larh. biar dorang puas hati.

Cik Emel pun tolong jadi baik dulu yea. Aku dah malas ne nak berurusan. Sakit jiwa okee!!!!!!Tekanan tahap-tahap +.+ sudah aku ne.~ 
Dah baca? Best? Like lewrr~

Aku lagi~

                                               
Haii readers! Aku datang lagi. Sekarang mood macam nak kongsi something. Oke macam ne. Aku nak kongsi cerita pasal aku la. Boleh tak? Boleh la yea. Heheheh~

Check this out...
 Aku kuat marah. Macam sii bawang ne laarh! Tapi tak lahh kerap sangat. Aku marah bila perlu jea. So, jangan berani-berani buat aku bengang. Karang tak pasal-pasal kena "cili" dengan aku.
 Aku pemalu. Ehh! Kadang-kadang jea la. Aku malu dengan orang yang hebat-hebat, orang yang pandai, orang yang baru aku kenal. Malu nak tegur orang. Malu bukan apa, aku tak pandai sapa orang. Aku diam jea. -,-
 Aku ne boleh tahan larh cepat tekanannya tuh. Hahah! Aku paling stress kalau aku bercakap, orang kacau. Kalau aku belajar orang panggil-panggil. Kalau orang minta pendapat, bila dah bagi pendapat, kena tibai balik. Kuwang hajoq la orang yang macam tuh. -,-
 Aku tak suka tertanya-tanya. Kalau aku dapat persoalan tapi tak dapat penyelesaian, confirm aku gila memikir. So, jangan buat aku curious. Mihahahah!
 Aku santai. Cool jea macam si bawang tuhh. Walaupun larh aku cepat tekanan, tapi aku tetap cool. Hahah! Jiwa remaja, memang macam ne.
 Aku gila-gila! Hahaha! Aku gila kearah kebaikan. Yang penting aku bukan budak sosial. Social yea memang, tapi tidak tegar. Masih boleh dikawal. Aku kan budak baik.
 Aku suka ketawa tak tentu pasal! Hahahaah! Haihh~ Kan dah cakap aku gila-gila. So, bila duk sendiri pun boleh ketawa. Macam kambing mengembek~ Hahaha
 Aku pantang kena cakap belakang. Nak hancur tak mulut tuh? Tak kan? So, jangan berani-berani buka cerita pasal aku kalau kau tak kenal sangat. Kalau tak nak kena hambur dengan makian, diam jea. Tak puas hati? Mehh ! Bincang leklok~
 Aku suka buat  kerja sendiri. Jangan suruh! Kalau tak, memang confirm tak di layan~ Aku buat apa aku suka. Kau sakit? Tak kesah! Bukan kacau hidup kau pun~
 Aku setia. Kalau aku sayang, aku tetap sayang. Kalau aku tak suka, sabarlah. Jangan paksa aku~
 Aku sensitif. Kuat nangis juga. Diam-diam pun boleh nangis. So, tolonglah jangan bagi aku sakit hati. Kalau tak, banjir oke!
 Aku malas sangat nak beramah mesra dengan orang yang hmm~ macam *tuutt* jea perangai~ Hahaha! Kalau nak kena layan, be nice lew~ Kalau macam rusa masuk kampung, sorry. Saya tak layan orang biadap~ Huhai~
 Aku tak pandai. Tak juga kurang pandainya~ Sederhana~ Hahahah
 Aku awek MUHAMAD IRFAN ASYRAF BIN ROZLAN. hahaha! -04042012 sampai sekarang.
 Oke? Cukup kenal aku? Kalau tak, jom kenal~
Dah baca? Best? Like lewrr~

Haihh! Bila nak dapat?

Night alls~! Hari ne dah nak masuk tiga minggu aku dok mengeluh jea. Bukan apa, mengamuk sangat hati aku ne. Benda yang aku tunggu tuh dah lebih dah wehh dari 48jam. Ehh? Benda apa yang aku nak sangat tuh sampai mengeluh panjang macam ne? *yang pasti bukan nak anak yea* Hahaha!! Lama lagi kalau nak yang tuh. Kawen pun belum, ada hati. Yea tak? Hahaii! Menyempat lagi aku menyimpang sampai cerita ne. Ngee~

Macam ne, sebenarnya benda yang aku tunggu sangat tuh, EMEL PENGESAHAN AKAUN tuk apply SPA8. Tapi sampai sekarang tak dapat respon lagi. Dah lebih ne! Kan aku dah buat aduan hari tuh. Tak kena layan kowtt! Haihh~ Melepaslah angan-angan aku nak kerja. Ne yang buat aku lemah ne. Aku taknak dah g sekolah, pakai uniform sekolah. Kalau tak dapat lagi pengesahan sampai kemasukan tingkatan 6 nanti, takpa larh. Takda rezeki lagi kott.

Hari tuh aku ada bagi tau dekat sayang aku. Aku cakap aku nak kerja. Tapi... Dia tak suruh. Dia suruh aku sambung belajar dulu. Lagi pun dia taknak aku busy sangat. Hhuh~ Dia PLKN, orang tak tahan pun. *kuikuikuii* Hahaha! Tapi yang tuh aku terima la sebagai excuse. Sebab, bukan dia yang nak. Dah BERTUAH sangat kan sampai terpilih. Nak buat apa lagi. Redha, pasrah jea larh..

Tapi korang nak tau tak respon dia *si sayang* bila aku cakap aku tak dapat pengesahan lagi? Nak tau tak ne? Baca yea sampai habis.. Hehhe! Dia suka sangat!! Hadoii! Siap bagi ketawa dekat aku lagi sebab aku dah sampai tahap buat aduan~ Ishh! Tak baik betul. Orang nak kerja, dia tak bagi pula. Eee~ Geram pun ada. Kot`kot dia dah jampi tak permohonan aku tuh? Hhaha! Tuh lah sampai tak dapat. Aihh! Tak boleh jadi *kidding jea, don't take it serious" 

Apa-apa pun, nak mengeluh pun tak guna. Sabar jea la. Macam tuh la kalau nak cari rezeki. Kena gerak perlahan. Jangan nak mengeluh sangat. Nanti tak pasal-pasal, hahh! Melepas lagi teruk dari ini.

Pengajaran hari ini - Jangan mudah putus asa. Berusaha dan terus berusaha sehingga berjaya. Kita bergerak perlahan. Berdoa. Mesti kuat semangat untuk peroleh benda yang kita nak. Jangan mengeluh. Kerna rezeki itu semua dari Allah. Kita hanya merancang~ Tuhan menentukan. *panjang tak?* uahaha
Dah baca? Best? Like lewrr~

Tuesday, 2 April 2013

Aku, Sii Penjaga Bayi~

Haii! Assalamualaikum. Hari ne cuaca ada best sikit. Bangun pagi jea hujan. Wah~!! *Tidur balik* Hahaha! Best oke. Alhamdulillah. Basah juga bumi Kudat ne sekali-sekala. Panas jea memanjang. Bila turun hujan, best juga. Tak juga lah berpeluh tanpa sebab~ Sedap sikit hati. Ngee~

Oke? Ada baca tak ne tittle post sebelum baca? Ada tak ne? Hehhe~ *Aku Si Penjaga Bayi* =,= . Sejak dua minggu lepas, aku kerja macam ne larh kat rumah. Hari-hari bangun awal pagi, jaga budak. Apa semua pun, tiap hari mesti busy urus budak jea. Best hapew! *Terus rasa macam nak anak sendiri* Miahahahahah!

Aku and kaka aku yang sorang lagi bertanggungjawab tuk jaga budak tuh. #Almaklum larh, Penganggur berjaya# Budak yang kitorang jaga tuh babyboy, umur dia 10 bulan. Cute oke! Dia tak pandai jalan, pandai merangkak jea. Hahaha! Makan dai tak berapa, tapi yang minum susu tuh, pergh! Banyak gilaa! Tulang dia dah kuat. Aku panggil baby ne with "GUNDUT", ngee~ Sama macam yang sii sayang panggil aku.

Tiap pagi baby ne daftar masuk kat rumah *datang* jam 8am macam tuh. And pulang jam 5pm. Tak lama pon! Budak ne kena tidur 2-3kali sehari. Haiihh~ Bila perut kenyang, hati pun senang, mata pun hmm~ Ikut juga berat.

Masalag bila jaga budak ne satu jea, dia susah sangat nak bagi pampers. Haissh! Merana oke buat seketika. Hahaha! Dia nangis kuat sangat. Macam jea dia kena dera. Geram juga aku kengkadang. Tapi tak pa, atas dasar dia cute sangat, aku suka juga. Hohoho~ Ohyaa, nama baby ne, HAZIM.

Best juga jaga baby ne, dapat pengalaman. Kalau ramai pun takpa. Tapi masalahnya nanti, takut aku pulak register form6. Hurmm~


Dah baca? Best? Like lewrr~

Monday, 1 April 2013

Semakin Hampir..

Morning semua! Hari ne nak share lagi. Tak menarik kot, tapi just nak share jea. *Semakin Hampir..* Nak tahu apa yang semakin hampirnya tuh? Okee, continue reading please..... 

Okeh macam ne, khamis ialah tarikh keramat aku dan Sii Sayang. Tapi, apakan daya, diri ini hanya mampu untuk mendoakan kesejahteraannya dan berharap dia berada dalam kedaan baik'baik sahaja sepanjang berada di kem sana.

Sayang, minggu ne minggu kita. Minggu di mana wujudnya 04/04/2013 bersamaan hari khamis, dan minggu di mana hubungan yang selama ini terjalin di antara kita bakal genap untuk 12bulan / setahun. Sayang, saya tahu tarikh tuh larh yang kita tunggu sangatkan. Tapi takpa larh. Janji hubungan kita ne tahan lebih lama sudah cukup walaupun tidak dapat celebrate sama'sama.

Saya bangga dengan awak. Awak orang pertama yang bertahan lama dengan saya.  Saya harap awak tetap jadi yang pertama dan yang terakhir wujud dalam hidup saya.


Dah baca? Best? Like lewrr~

Dalam Kebingungan~

Hai! Malam semua. HUHH! Saya hidup dalam kebingungan sekarang ne. Nak tahu kenapa? Ni hahh!! Nak pilih kehidupan ne~ Huhuh..

Form 6? U? Or kerja? Nak pilih mana satu?

Oke, start one by one..

Kalau pilih Form6,
Kelayakan memang confirm ada. Tinggal tunggu surat pendaftaran lagi. Tapi masalahnya, aku dapat tak nak angkat subjects yang pakej dalam kelas aku nanti?

Kalau pilih U,
Memang ada bidang yang layak dengan keputusan aku. Tapi, aku kena bagi pilihan tuk sambung dekat are Sabah ne seja. Macam mana kalau aku apply bidang yang takda dekat area Sabah ne? Hurrmm~

Kalau pilih Kerja pulak,
Kena fikir baik2. Kuat mental dan fizikal. Kalau tak, memang tak jadik punya la. And one more thing, sayang aku pulak tak suruh aku kerja. Hadoii! Susah macam ne. Dia nak aku masuk form6, sambung jea belajar..

#Menjadi#sangat#bingung#



Dah baca? Best? Like lewrr~

Setia Menanti..

Awak, saya sayang awak. Saya setia tunggu awak sampai awak pulang rumah. Awak, hati-hati yea dekat sana. Awak, jaga diri. Jangan risau dekat saya. Saya ok. Saya sihat. Awak, awak ingat tak janji-janji saya? Saya tunaikan janji saya. Saya tunggu awak macam yang awak minta. Jangan risau. 3bulan PLKN tuh tak lama punya. Kan? Saya tunggu kepulangan awak sayang.  
Dah baca? Best? Like lewrr~