Monday, 22 April 2013

Haruskahh??

Haii All! Assalamualaikum and selamat malam semua~ ^^ Sorrylah! Lama dah aku tak update blog ne. Well, semenjak aku dah tak guna mana-mana laman social ne, aku dah jarang meng-online-kan diri aku~ So, ada macam senyap sikit larh. Hihihihi

Hokeyy! Today nak cerita pasal hal yang tak sepatutnya berlaku. What?! Tak larh serious sangat. Tapi kalau dah dibiarkan agak lama, boleh memusnahkan diri sendiri! Well, aku tak berapa berminat sebenarnya nak sentuh kes ne, tapi nak buat macam mana, aku macam tergerak pulak lepas dengar cerita macam ne. Tak best!

Haruskahh?? Itu tanya hati ku. Well, petang tadi aku dengar cerita ne. Ada orang bangga pulak bilak dia escape kelas. Well, dulu aku escape jugak, tapi tak lama. Tak tahan aku nak lari kesana kemari gara-gara nak lari dari cikgu. Malas memang aku malas, tapi masalahnya, aku nak malas buat apa? Tuh larh maknanya aku dihantar ke sekolah. Nak timbah ilmu. Bukan nak jadi bodoh..~

Aku dulu waktu sekolah memang ada juga sesetengah guru yang aku tak minat cara dorang nak ngajar and cara dorang nak tegur. Tapi, dalam masa aku tak suka tuh, aku tetap kena terima hakikat yang guru tuh yang akan didik aku! Walaupun aku duk dalam kelas, dengan subject yang aku tak minat, dengan terpaksa tengok muka cikgu tuh, aku tetap duduk dalam kelas. Jawab apa yang cikgu tanya. Cuma satu hal jea, aku takkan buat nota and latihan yang kena hantar masa tuh jugak. Kuiii~~

Well, tadi aku dengar adik aku bangga dia escape kelas tambahan. What? Stupid! Macam larh cikgu akan respect dia kalau buat macam tuh. Dia kata dia benci dengan golongan "U", whatever! Entah larh apa yang dia dok fikir~

Dia dengan slumbernya menyatakan yang dia malas nak belajar tadi. Wehh! Aku kalau malas nak belajar, aku takkan hadirkan muka aku depan cikgu tuh. Aku takkan lalu pun depan cikgu tuh. Tak jugak larh aku nak cikgu tuh terkilan dengan tindakan aku.

Aku cakap dekat dia tadi, "bagus kau jangan p sekolah kalau macam begitu. kau buat sana surat berhenti sekolah, hantar dekat PK.HEM".. Boleh-boleh dia jawab aku macam ne, "apa kaitan escape dengan berhenti?".. Aku kata, bagus bercakap dengan dinding dari bercakap dengan orang yang entah mana letaknya kepala otak dia tuh. Ntah berakal masih atau tak, aku pun tak tahu.

Better berhenti sekolah kalau study kat sekolah pun malas, apa pun tak suka. Tak guna oke! Bazir duit makbapak jea bagi duit belanja sekolah. Kerja g sekolah nak makan jea, nak perut kenyang jea. Tapi otak takda ilmu. Kalau kat rumah nampak yang dia belajar aku tak kesah larh. INI??? Tulis sikit pun dah penat.

Dalam kepala otak tuh tahunya, online FACEBOOK, TWITTER, INSTAGRAM, YOUTUBE, KOREA~ Beruntungnya larh sangat remaja zaman sekarang. Bak kata Nur Fadhillah Asfarina (cousin aku), remaja sekarang ne SAKAI jadi remaja. Merujuk pada kamus bahasa Orang Sabah, SAKAI membawa maksud kepada "Kebaru-baruan~" . Baru nak kenal benda baru. Walhal, dah lama juga hidup~

Pening memikir. Sorang lelaki terasa macam jaga 10000000000 orang budak lelaki yang masih tak tahu apa-apa.~


Dah baca? Best? Like lewrr~

No comments: