Saturday, 6 September 2014

Hanya Mampu Bersabar..

Inilah dia duniawi. Inilah dia erti kehidupan sebenar. Tidak selamanya kita berada di atas, tidak selamanya juga kita berada di bawah. Andai sahaja ada insan yang mengerti dan memahami hati ini, pasti indah rasanya untuk meneruskan hari-hari yang mendatang.

Namun kita hanya mampu untuk merancang banyak perkara, tapi yang menentukan takdir kita ialah Allah S.W.T. Bersabar.. Itu sahaja yang mampu untuk ku katakan pada diri ku andai terasa seperti dianiaya. Sabarlah insan yang bergelar manusia, sabarlah wahai hati, tetap tabah dan cekal menghadapi ujian dunia.

Berada dalam keadaan yang sukar ini menyukarkan lagi diri ini untuk terus berdiri sendiri. Namun kecekalan hati membuat diriku bangkit dan tidak mudah mengalah. Andai sahaja aku mampu bersatu dengan orang-orang yang berada dikeliling ku, pasti diriku bahagia. Apakan daya, aku ini hanya insan biasa. Kadang harus bahagia, kadang harus terluka.

Sedih menerpa dalam hati. Namun tiada siapa yang memahami diri ini. Aku ini bukan boneka! Aku juga ada hati dan perasaan. Tapi..? Siapa yang mengerti? Siapa sajalah yang peduli akan diri ku ini? Khilafkah aku untuk menjadi seorang insan yang berguna? Salahkah aku untuk memberi bantuan andai ada yang memerlukan? Hina sangatkah aku untuk tidak pernah kamu hargai? Wahai hati, tabahlahh.

Aku ingin pergi jauh. Ingin untuk bergeak sendiri. Ingin untuk lari dari terus tenggelam dalam perasaan. Namun ke mana harus ku pergi? Apa yang harus aku lakukan untuk mengubati hati ini? Apa sahajalah kemampuan ku untuk menghadapi hidup yang kian suram ini?

Terkadang aku senyum, terkadang aku ketawa, terkadang aku gembira. Tapi itu semua hanya dusta. Hati ku merintih! Hati ku menangis! Benak ku memberontak!! Ya Allah, berikan lah aku kekuatan untuk menempuh dugaan dari Mu ini. Berikanlah aku peluang untuk merasa nikmat hidup ini. Ya Allah aku mohon pada-Mu, andai ini yang terbaik buat ku, cekalkanlah hati ku untuk meneruskan hidup ini. 

Tiada siapa yang mengerti. Aku hanya mampu bersabar. Hanya mampu berserah diri pada-Mu Ya Allah.

Dah baca? Best? Like lewrr~